sebelum hari raya baru-baru ini., KGG-T diminta untuk membuat persembahan pembukaan bagi pesta konvokesyen UniSZA kali ketiga pada 15 September 2011. apalagi terkejut beruk saya kerana peniup serunai tidak ada. setelah mencari, akhirnya jumpa seorang sahabat yang boleh meniup serunai. walaupun masih gagap tetapi saya kira boleh la sebab terdesak. apalagi selepas raya terus melakukan latihan tubi kerana hari persembahan hanya tinggal beberapa hari ja sebelum itu. kali ini pemain terdiri daripada Faris, Pian, Ammar, Mad Jay, Wan(baru) dan saya sendiri. pada hari kejadian setelah berada di atas pentas, setelah sound check, ada sedikit masalah iaitu sound system... ini yang menjadi duri dalam daging ni, hahaha, apalagi dengan serunai yang tidak berapa nak jadi, sound system teruk, maka larilah irama peningkah ibu saya. hahaha(ade kene mengene ke) walau bagaimanapun syukur majlis tersebut berjaya dijalankan dengan agak sempurna dan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput KGG-T bagi membantu majlis yang sememangnya besar ini.
p/s: lain kali sound system kasi elok sikit
No comments:
Post a Comment