KUMPULAN WARISAN SENI BUDAYA_____
PERTUBUHAN SENI SILAT SELENDANG MERAH KEDAH
Monday, September 5, 2011
BBQ RAYA
kesekian kalinya majlis makan-makan diadakan. kali ini cuma dengan beberapa orang sahaja ahli yang ada. yang lain sudah merantau entah ke mana. dua tiga orang ahli lama dan yang lain ahli yang baru belaka.walau bagaimanapun majlis tersebut diceriakan dengan kehadiran seorang yang istimewa bagi saya. hahaha. walaupun tidak seberapa tetapi jelas tergambar kegembiraan pada raut wajah masing-masing kerana sudah lama tidak berkumpul sekali. majlis dimulai seperti biasa dengan paluan Layang Mas dan Tomoi sebagai pembuka hinggalah sampai waktu untuk menjamah ayam bakar yang tidak berapa nak comel. hitam tapi menawan. menurut kata tukang bakar, gelap, tak nampak ayam macam mana...hahaha. terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini. jzkk. insyaAllah majlis seperti ini akan sentiasa dibuat bagi terus merapatkan semua ahli. Pak Long ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua orang.
No comments:
Post a Comment