Saturday, June 25, 2011

KENDURI KAHWIN

kali ini KGIM dijemput oleh seorang anggota Polis untuk memeriahkan majlis kenuri kahwin anak beliau yang bertempat di Kem PGA Kulim. kali ini semua ahli KGIM boleh turut serta atas kelapangan yang diberi Allah. seperti biasa perarakan pengantin menjadikan kedua mempelai seakan raja pada hari bahagia mereka. yang tak besnya...waktu pasukan gendang berhenti untuk memberi laluan mereka untuk ke pelamin, mereka pun berhenti sekali, alamatnya berbuih la mulut cikgu Jamil, sudah la hari panas terik ketika itu. hahaha... kali ini DJ yang bersama memang best, tidak perlu kami berebut untuk menibai gendang. Terima kasih kepada Che Ani. waktu KGIM berhenti rehat untuk santapan, KGSSM sudi menghulurkan tangan untuk membantu memeriahkan majlis. terima kasih. ada sedikit foto di bawah. terima kasih kepada En. Mustapha sekeluarga kerana sudi menjemput kami.





Saturday, June 11, 2011

LATIHAN BERGENDANG

sesi jamming KGIM kali ini dikunjungi oleh kumpulan baru dari Kampung Syed Syeikh Kulim untuk mendalami selok belok permainan gendang ini.jam 9 malam mereka hadir seramai 4 hingga ke 5 orang. mereka cukup bersemangat dan tidak takut untuk mencuba. mereka kata seronok datang ke sini sebab mereka boleh pegang dan pukul gendang. hahaha pelik je saya dengar. walau bagaimanapun hanya satu je foto yang lekat. yang lain entah ke mana. dan mereka masih terus bertandang hingga ke hari ini pada sesi jamming KGIM.

Friday, June 10, 2011

KAMPUNG TUALANG

8 Jun yang lalu, Amran, salah seorang ahli KGIM mengundang kami bertandang ke kampung beliau yang terletak dalam daerah Pendang juga. buat apa lagi, untuk jamming dengan kumpulan-kumpulan di sana. kami bertolak dengan menaiki kereta Cikgu Jamil, Toyota Unser,, macam iklan kereta la pula. Dari Kpg Pondok LAbu saya, Pak Talib dan Aiman, Pak Harun tidak dapat ikut atas kerja. Kami terus ke padang Serai untuk mengambil Amran. seperti biasa bila sampai di Padang Serai, kunci kereta secara automatik akan jatuh ke tangan aku, hahaha kami bertolak dari Kulim dalam pukul 6.30 petang. setibanya kami di Titi Haji Idris untuk berhenti makan, bang! kereta kami jatuh longkang, tayar sebelah kiri dreba je... apa lagi puas kami menolak, mengangkat baru naik... satu pengalaman yang cukup manis walaupun tak sepahit mana, hehehe,, kali ini kami jamming dalam kedai makan terletak tengah-tengan bendang yang sememangnya jauh dari rumah orang. kami sampai dalam pukul 830 malam.. tapi menjadi kebiasaan di situ mula main jam 10,, jadi kami pun menungggu. kalau dah mula main pun pukul 10, habisnya mesti lewat, hahaha pukul 2 pagi baru lagu penutup. kira okay sebab sebelum tu kami ke sana mula main selepas azan Isyak sehingga azan Subuh. walau bagaimanapun kami berpuas hati dan ketika tengah bermain jumlah penonton tidak kurang daripada 70 orang. tapi foto tak sempat saya ambil cuma video sahaja yang banyak.. terima kasih kepada keluarga Amran yang menjemput kami.