Saturday, November 5, 2011

PEMBUKAAN DAN PERASMIAN GELANGGANG

4hb kelmarin. PSSSMK telah membuka cawangan baru apalagi Pak Su@Pak Wan helo saya untuk mintak tolong mengiringi upacara perasmian gelanggang PSSSMK yang baru dengan gendang silat. ha. serabut la juga nak bawa kumpulan mana. saya helo kumpulan saya KGIM, kerja, apalagi saya sambar KGSSSM la, kumpulan jabatan didik ikan saya, hahaha, nasib baik depa ada. kebetulan dekat dengan Hari Raya Korban, jadi Abg Che Un tidak dapat bawa budak2 Kulim yang lain, jadi saya terpaksa bawa budak2 untuk bergendang saja, tiba2 tringat saya nak helo Pak Ndak, dia kata tak kerja, jadi minta tolong dia la bawa sebiji kereta lagi untuk budak2 yang bersilat. hahaha kalut sikit la malam tu, saya habis kerja terus henjut ke Sungai Petani, sebab gelanggang baru buka area Amanjaya, Tmn Anggerik.sesat juga kami cari, mujur Ajam keluaq mai amik kami kat tepi jalan, tidak lambat sebab bila kami sampai ja, YB pun sampai, jadi terus amik tempat duduk je la, ramai ahli lama dan baru hadir kali ini, saya pun dah lama tak jumpa sahabat2 lama ni,, alhamdulillah majlis berjalan lancar sekali dengan anugerah selempang kehormat kepada YB dan jurulatih2 yang bertauliah, cuma kelibat Abg Din tidak kelihatan, dah hampir 2 tahun saya tak jumpa Guru Kanan tersebut, juga salah sorang yang mengajar saya. majlis tamat lebih kurang jam 11.15 malam, kemudian sesi menjamu selera. setelah berbual dengan sahabat lama, saya minta diri kerana keesokannya kerja lagi.











Wednesday, November 2, 2011

GUNUNG BONGSU

kali ini kami KGIM berkunjung ke rumah sahabat yang terletak di Kpg Gunung Bongsu untuk jamming bersama-sama kumpulan di sana. lokasi kali ini di rumah Pak Ngah Rashid@Rasid. kami dari Kpg Keladi tiga buah kereta, Pak Long Sabri bersama anaknya, Pak Harun juga anaknya, Pak Cik Kecik, Tok Wan Shaari, Cikgu, Amran dan saya. tidak jauh mana dari Keladi hanya makan masa lebih kurang 20 minit ja untuk sampai ke sana. kedatangan kami disambut oleh Pak Ngah yang sedang berdiri di muka pintu laksana Jebat menunggu Tuah. hahaha cukup gagah kelihatan Pak Ngah. rupanya sudah penuh orang bergendang sekitar Gunung Bongsu kat dalam rumah. setelah berbual agak beberapa lama, Kami yang hadir dihidangkan santapan malam oleh Pak Ngah, fuh!! nasi+ikan tilapia bakar+ikan lengat+air asam+masak lemak pucuk paku... apa nak kata???? dengarnya ikan tilapia tu lebih dari 10 kilo Pak Ngah bakar... tima kasih atas layanan yang begitu istimewa dari sahabat di Gunung Bongsu. setelah selesai makan. berehat sebentar dengan segulung rokok daun dan secawan kopi. kemudian sesi bergendang pun bermula. bertingkah paluan layang mas saya bersama laluan dari Pak Harun sebagai buka panggung. selesai pembukaan tukar la tok palu pulak...hahaha begitu la adat bergendang, cuma Tok Kalau ja dua orang bersilih ganti, Acu dengan Cikgu, saya dengan Pak Harun buat senyap hahaahha.. lebih kurang pukul 11 lebih,,, mata pun dah nak lali... tiba2 Pak Ngah bawa keluar pinang pula... apa lagi saya terus pi terkam Pak Ngah la minta ubat tahan mengantuk... kena sirih pinang sepiak+rokok daun+kopi+air daun biak... ha... jegil biji mata... saya masuk pi palu gendang terus la... hahahaha macam nak pecah gendang saya rembok... tepat jam 1 kami selesai jamming diakhiri dengan paluan peningkah ibu silat saya dan Amran. setelah berbual dalam sejam kami minta diri untuk balik, lagi pun semua kami yang datang dari Kulim bekerja. kira balik tak tidoq mana la... rehat terus masuk kerja. dalam masa tu celah mana pun tak tau Pak Ngah siap bungkuskan kat kami sikit pucuk yang dikutipnya sebagai buah tangan untuk kami semua. sorang seplastik plak tu. apa pun memang sentiasa berada dalam memori semuanya. terima kasih kepada Pak Ngah yang sudi menjemput kami ke sana. cuma agak terkilan abg Bahari dengan Abg Man tidak dapat turun atas kerja masing2. terima kasih.

p/s:gambar tak dak, terlupa.