Monday, September 19, 2011

PESTA KONVOKESYEN UniSZA

sebelum hari raya baru-baru ini., KGG-T diminta untuk membuat persembahan pembukaan bagi pesta konvokesyen UniSZA kali ketiga pada 15 September 2011. apalagi terkejut beruk saya kerana peniup serunai tidak ada. setelah mencari, akhirnya jumpa seorang sahabat yang boleh meniup serunai. walaupun masih gagap tetapi saya kira boleh la sebab terdesak. apalagi selepas raya terus melakukan latihan tubi kerana hari persembahan hanya tinggal beberapa hari ja sebelum itu. kali ini pemain terdiri daripada Faris, Pian, Ammar, Mad Jay, Wan(baru) dan saya sendiri. pada hari kejadian setelah berada di atas pentas, setelah sound check, ada sedikit masalah iaitu sound system... ini yang menjadi duri dalam daging ni, hahaha, apalagi dengan serunai yang tidak berapa nak jadi, sound system teruk, maka larilah irama peningkah ibu saya. hahaha(ade kene mengene ke) walau bagaimanapun syukur majlis tersebut berjaya dijalankan dengan agak sempurna dan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput KGG-T bagi membantu majlis yang sememangnya besar ini.



p/s: lain kali sound system kasi elok sikit

Wednesday, September 7, 2011

LATIHAN BERGENDANG

sudah lama tidak jamming bersama KGSSM. kesempatan yang ada semasa cuti hari raya tidak dilepaskan begitu sahaja. setelah dihubungi akhirnya dapat juga berkumpul ahli-ahli yang masih bersisa. begitulah adat orang bergendang. ramai yang sudah boleh main. bagus-bagus belaka. ada juga dua tiga orang ahli yang baru. tapi sudah boleh pukul. alhamdulillah irama warisan Melayu masih lagi ada kesinambungannya.













p/s:terima kasih kepada Pak Ndak Talib

Monday, September 5, 2011

BBQ RAYA

kesekian kalinya majlis makan-makan diadakan. kali ini cuma dengan beberapa orang sahaja ahli yang ada. yang lain sudah merantau entah ke mana. dua tiga orang ahli lama dan yang lain ahli yang baru belaka.walau bagaimanapun majlis tersebut diceriakan dengan kehadiran seorang yang istimewa bagi saya. hahaha. walaupun tidak seberapa tetapi jelas tergambar kegembiraan pada raut wajah masing-masing kerana sudah lama tidak berkumpul sekali. majlis dimulai seperti biasa dengan paluan Layang Mas dan Tomoi sebagai pembuka hinggalah sampai waktu untuk menjamah ayam bakar yang tidak berapa nak comel. hitam tapi menawan. menurut kata tukang bakar, gelap, tak nampak ayam macam mana...hahaha. terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini. jzkk. insyaAllah majlis seperti ini akan sentiasa dibuat bagi terus merapatkan semua ahli. Pak Long ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua orang.






Sunday, September 4, 2011

BUKA PANGGUNG RAYA

setelah sebulan puasa bercuti. akhirnya pecah juga panggung. malam tadi kami sudah menabuh pembuka tirai dalam keadaan masing2 sedang naik angin., hahaha apa lagi setelah membuat kata sepakat malam tersebut dipilih setelah semua ahli berjaya dihubungi untuk melepaskan geram masing2. macam nak berperang la pula. ahli2 pun selalu helo tanya bila nak main. nampak gaya masing2 sedang gian nampaknya. pada malam tersebut bersambung lagi warisan irama gendang silat aliran utara. macam2 negara kami bertandang untuk beraya dari asia hinggalah ke barat berehat di negara Teluk kemudian pulang ke bumi Malaysia tanah air yang tercinta., ada sedikit foto yang sempat di abadikan