Wednesday, December 29, 2010

KENDURI KAHWIN

26 Disember yang lalu KGIM telah dijemput untuk memeriahkan sebuah majlis kenuri kahwin yang dilangsungkan di Dewan Putra Kulim. Pada malam sebelum hari kenuri kami seperti biasa membuat sedikit warming up di dewan tersebut. kali ini semua ahli KGIM dapat turun bersama untuk majlis tersebut. amat bertuah kata Walimatul Urus. hari perkahwinan seperti kebiasaan pengantin diiring masuk ke dewan bagai Raja Sehari dengan Tari Selendang dan Anak Ikan. gendang bertingkah menjadikan suasana dalam dewan pada hari tersebut seperti keraian raja-raja dahulu kala. itulah serinya bila kenuri kahwin diiringi pasukan gendang silat. hanya ada dua sahaja foto yang sempat diabadikan.


Friday, December 17, 2010

PAK SU PAT




15 Disember,. kali ini KGIM serta KGSSM amat bertuah kerana Pak Su Pat sudi turun ketempat kami untuk menjalankan sesi jamming bersama. beliau tinggal di Chailin Park(salah kot ejaan). beliau tidak mempunyai kenderaan, oleh yang demikian aku meminta jasa baik Pak Harun untuk mengambil beliau di rumahnya. sesi jamming bermula jam 915 malam. fuh!!! bagi sahaja kepala lagu,, terus pak su tiup,,, itu yang mahal tu,, lagu baru ke,, lama ke,, buleh blake kata orang Terengganu. jamming ditutup jam 1200 malam dengan Layang Mas. Pak Su Pat yang pakai t-shirt warna kelabu tu.

Monday, December 13, 2010

KENDURI KAHWIN

11 Disember, KGIM diminta untuk memeriahkan majlis perkahwinan seorang rakan di Taman Kenari Fasa 3 kalau tidak silap. kali ini tidak ada perarakan pasukan gendang kerana pengantin diarak menggunakan motosikal berkuasa besar. majlis kali ini Cikgu Jamil tidak dapat bersama kerana beliau balik ke Pahang. terpaksa import seorang pemain dari pasukan anak didik aku KGSSM,. kehadiran dua tiga orang sahabat membantu memeriahkan lagi irama gendang di majlis tersebut. terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami.