Tuesday, January 25, 2011

TURUN TANGAN

17/12/10 tahun lalu, Kumpulan Gendang Kpg Pondok Labu telah meminta aku untuk mengajar anak-anak gendang baru kumpulan tersebut. bertempat di rumah Pak Teh Li.

aku terus menghubungi kumpulan anak didik aku untuk menyertai sekali sesi pada malam tersebut.

tidak dapat dinafikan lagi seni pergendangan masih lagi mendapat tempat dalam kalangan anak-anak muda. ini merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan seni ini terus menerus hidup walaupun arus kemodenan melanda bumi ini bagai badai menghempas pantai. tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli yang lama sikit untuk memastikan seni ini mampu untuk bersaing dalam dunia hari ini...



apa kata survey???

Tuesday, January 11, 2011

KAMPUNG KUALA LANJUT






kali ini kami berkesempatan untuk bertandang ke rumah Pak Teh Mid di Pendang. Kami pergi dengan sebuah kereta penuh. bertolak dalam pukul 6.30 petang. perjalanan ke Pendang daripada Kulim mengambil masa lebih kurang sejam. kami singgah untuk Maghrib di R&R Gurun dan meneruskan perjalanan. lepas Isyak kami tiba di sana. kami disambut mesra oleh Pak Teh Mid sekeluarga. Sebenarnya itulah kali pertama saya menjejakkan kaki saya ke rumah beliau sejak berurusan pembelian gendang untuk KGG-T UniSZA dan KGIM tahun lalu. Selama ini saya hanya mendengar bahawa rumah Pak Teh ni kalau orang bergendang p sampai tak mau nak balik. Memang betul. saya seperti tidak mahu pulang kerana suasana yang cukup harmoni dan mendamaikan jiwa. Walaupun baru pertama kali ke sana tetapi atas layanan Pak Teh dan Mak Teh sekeluarga membuatkan kami merasa seperti sudah lama kenal dengan mereka. itulah adat orang bergendang musuh jangan dicari, rezeki jangan makan sendiri, bala jangan peduli. hehe terima kasih kepada Mak Teh yang sudi memasak untuk kami pada malam itu. tidak perlu untuk kami singgah makan dalam perjalanan balik. selesai saja menjamu selera,. apa lagi, sesi jamming pula. gendang gendut tali kecapi,kenyang perut senang hati, serunai mengalun gendang bertingkah, gong menyulam pendekar bersembah. haha ada sedikit foto yang sempat diabadikan untuk kenangan.