Friday, April 30, 2010

LATIHAN BERGENDANG




sesi jamming bersama-sama kumpulan anak didik saya. kehadiran semua ahli KGSSM memuaskan. sudah ada pelapis baru bagi generasi gendang dalam daerah Junjong Kulim. puas juga mengajar mereka. tapi bila sudah mampu untuk memukul gendang dengan irama kebangsaan. saya cukup puas hati dan menggembirakan. hanya perlu diperbetulkan sikit sahaja lagi tentang keharmonian irama gendang dan serunai. apapun terbaiklah!



p/s:serunai masih banyak perlu dibaiki

Thursday, April 15, 2010

kunjungan persahabatan 3




salah seorang sahabat Kumpulan Gendang Gempaq Gentara, Pok Su Lah, beliau merupakan seorang tukang gunting(bukan kepala), semasa kami berkunjung di kedai beliau, dia tengah relax je..... jadi kami mengambil kesempatan tersebut untuk berbual lebih panjang... rupa-rupanya beliau seorang pembuat gendang yang agak mahsyur di kawasan beliau... dari Pak Tuyu hingga ke Batu Rakit, bila kaki kami melangkah masuk ke kedai beliau, apa yang kami lihat, gendang ibu anak, sebuah gendang anak masih dalam pembikinan, gendang ibu dikir dan anaknya yang belum sempurna, gong dua biji, harmonika, tamborin, marakas, makna kata cukup lengkap peralatan dalam kedai beliau kalau untuk membuat latihan, beliau seorang yang ramah, tidak loket ilmu tentang gendang yang kami terima dari beliau, beliau berkebolehan dalam meniup harmonika, tapi beliau minat untuk meniup lagu2 lama sahaja... bila dia pegang harmonika je... aku mula le terasa untuk menibai gendang, hahaha, tapi masuk aku main ngan harmonika tu, walau kali pertama main. tapi agak susah sikit nak bagi betul tonasi bunyinya, beliau juga mempunyai sebatang serunai tapi beliau tak boleh nak tukar nafas itu saja problemnye... kalau boleh, aku rasa lagi top nama Pok Su... ada sikit gambar yang sempat diabadikan bersama Pok Su Lah..