Thursday, May 26, 2011

KENDURI KAHWIN

sahabat kepada Pak Harun telah menjemput kami KGIM untuk memeriahkan majlis kenuri kahwin anak beliau di Batu Puteh. kami sampai dalam keadaan selepas hujan, apa lagi, jalan becak la... waktu nak berarak pula hujan turun. jadi tidak dapatlah untuk mengiringi pengantin, nasib baik kami dibenarkan untuk bermain bawah rumah, jika tidak puas kami nak lari. terima kasih kepada yang sudi menjemput kami. foto tidak sempat saya ambil. video pun ihasan daripada Pak Ndak Talib yang bertandang ke kenuri tersebut. video kurang memuaskan kerana hanya menggunakan kamera digital sahaja. jadi audio kurang elok.

Monday, May 23, 2011

KENDURI KAHWIN






21 Mei yang lalu, orang bergendang sekitar Kulim dan Yan ramai-ramai memeriahkan majlis perkahwinan anak seorang peniup serunai dari KGSSM. majlis dilangsungkan di rumah beliau sendiri di Kem PGA Kulim. Majlis dimulakan dengan perarakan pengantin diiringi pasukan gendang dari KGSSM sendiri. turut bersama anak-anak PSSSMKM Kulim turun membuat persembahan untuk kedua-dua mempelai tersebut. dengan kehadiran rakan pergendangnan daerah Yan/kuala Muda bagi memeriahkan majlis juga kepada Pak Harun dan anak didahului dengan ucapan terima kasih. majlis berjalan dengan lancar. terima kasih kepada Che Mat Morgen selaku tuan walimatul urus hari itu. ada sedikit foto yang sempat dirakamkan.

Sunday, May 22, 2011

LATIHAN BERGENDANG






KGIM telah dijemput oleh pasukan gendang dari Kampung Kubang Badak Kelang Lama Kulim untuk jamming di sana. kerana mereka juga adalah salah satu kumpulan baru. jadi mereka menjemput kami untuk membuat macam demo la untuk awak-awak mereka yang baru. agak menarik tempat mereka jamming , ada pondok serba lengkap, bila habis alun lagu pembukaan sahaja, penuh orang kampung keluar. hahaha itu yang seronok tu, mereka kata sudah lama tidak mendengar irama ini. teringat zaman mereka kecik-kecik dulu. apa pun terima kasih kepada pihak yang menjemput.

Tuesday, May 17, 2011

BERGURU



bila dah hilang punca kenapa serunai tidak berapa menjadi membawa saya untuk mengadap Cikgu Jamil sendiri di rumah beliau. saya bawa seorang peniup serunai dari KGSSM untuk sama-sama mencari nasi tambah. apalagi, alunan serunai bergema dan membingitkan apabila cikgu mencuba untuk mencari tang mana silap dia srunai tu(kata orang Kedah) hahaha setelah sejam kami pun ingin berangkat pulang tetapi hujan turun mencurah-curah dari langit membatalkan hasrat kami. satu peluang yang baik. saya pun pegang segang serunai terus menadah mata untuk menerima lagu dari Cikgu. hahaha susah sebenarnya nak belajar lagu dari Cikgu Jamil ni. walau apa pun saya terima dan hasil yang saya dan sahabat seorang lagi dapat memang memuaskan. serunai pun dah ok, pakage dengan lagu pula tu. terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Jamil kerana sudi meluangkan masa untuk kami. teka teki: cuba saudara sekalian kira ada berapa mali serunai dalam gambar di atas, hehehe




Saturday, May 14, 2011

LATIHAN BERGENDANG




sesi jamming kali ini dibuat dalam Dewan Serbaguna Taman Saga, kali ini ramai orang sekitar yang turun untuk menghayati irama ini. kerjasama daripada penduduk sekitar amat bermakna buat kami KGIM. terima kasih kepada saudara Shaari yang sudi menunggu sehingga kami habis jamming(beliau tukang simpan kunci) dan belanja kami semua makan. terima kasih kepada semua yang hadir bersama manjalankan jamming and training.

Wednesday, May 11, 2011

PAK TEH LI






kali kumpulan Pak Teh Li menjemput kami untuk jamming bersama mereka di rumah beliau di kpg Pondok Labu, sesi bermula pada jam 9.00-12.00 malam. sudah lama kami tidak menjenguk mereka di situ, sesi jamming bertambah rancak bila lagu2 irama arab dan hindustan mengambil tempat, seperti biasa sesi jaming berakhir dengan makan2.. hehe tak boleh tinggai...

CAWANGAN SMKA BALING






ini gambar lama, sengaja aku letakkan di sini. tengah aku semak fail2 laptop aku, aku terjumpa gambar2 ni. aku hanya ada gambar waktu aku mengaji kat sana sahaja. sekarang dah tak tahu sama ada gelanggang sana hidup atau tidak. tapi kalau tak silap Abg Din masih lagi berulang alik ke sana untuk mengajar setiap Jumaat jam 3.00 petang bertempat di Dewan Besar SMKAB. aku letak juga gambar waktu aku berulang alik pergi belajar kat umah Pak Su Ya dulu. banyak kenangan waktu belajar dulu.

Monday, May 9, 2011

KAMPUNG JERNANG, ULU BAKAI






kali ni kami berkunjung ke tempat sahabat kami, di Jernang, kawasan pendalaman dalam daerah Baling. kami bertolak sebelum magrib dan tiba di sana dalam pukul7.55 malam, setelah pekena kopi dan segulung rokok daun, kami pun mulakan sesi jamming, seronok sekali kerana sudah agak lama kami tidak bertembung sekali jamming. dengan kehadiran orang kampung, suasana bertambah meriah... lagu saling bersilih ganti dari berarak, berjalan sampailah melawat ke negara Arab kemudian patah balik ke India, masuk pulak Tanah Jawa dan terus ke negara jiran, Thailand barulah kembali ke Tanah Melayu semula... jauh perjalanan tu... akibat jauh sangat berjalan sesi jamming berakhir jam 3.00 pagi, masing2 terpampang kepuasan pada wajah kerana jauh berjalan... hahaha