Wednesday, December 29, 2010

KENDURI KAHWIN

26 Disember yang lalu KGIM telah dijemput untuk memeriahkan sebuah majlis kenuri kahwin yang dilangsungkan di Dewan Putra Kulim. Pada malam sebelum hari kenuri kami seperti biasa membuat sedikit warming up di dewan tersebut. kali ini semua ahli KGIM dapat turun bersama untuk majlis tersebut. amat bertuah kata Walimatul Urus. hari perkahwinan seperti kebiasaan pengantin diiring masuk ke dewan bagai Raja Sehari dengan Tari Selendang dan Anak Ikan. gendang bertingkah menjadikan suasana dalam dewan pada hari tersebut seperti keraian raja-raja dahulu kala. itulah serinya bila kenuri kahwin diiringi pasukan gendang silat. hanya ada dua sahaja foto yang sempat diabadikan.


Friday, December 17, 2010

PAK SU PAT




15 Disember,. kali ini KGIM serta KGSSM amat bertuah kerana Pak Su Pat sudi turun ketempat kami untuk menjalankan sesi jamming bersama. beliau tinggal di Chailin Park(salah kot ejaan). beliau tidak mempunyai kenderaan, oleh yang demikian aku meminta jasa baik Pak Harun untuk mengambil beliau di rumahnya. sesi jamming bermula jam 915 malam. fuh!!! bagi sahaja kepala lagu,, terus pak su tiup,,, itu yang mahal tu,, lagu baru ke,, lama ke,, buleh blake kata orang Terengganu. jamming ditutup jam 1200 malam dengan Layang Mas. Pak Su Pat yang pakai t-shirt warna kelabu tu.

Monday, December 13, 2010

KENDURI KAHWIN

11 Disember, KGIM diminta untuk memeriahkan majlis perkahwinan seorang rakan di Taman Kenari Fasa 3 kalau tidak silap. kali ini tidak ada perarakan pasukan gendang kerana pengantin diarak menggunakan motosikal berkuasa besar. majlis kali ini Cikgu Jamil tidak dapat bersama kerana beliau balik ke Pahang. terpaksa import seorang pemain dari pasukan anak didik aku KGSSM,. kehadiran dua tiga orang sahabat membantu memeriahkan lagi irama gendang di majlis tersebut. terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami.


Friday, October 29, 2010

LATIHAN BERGENDANG





kali ini saya membawa kumpulan anak didik saya bertandang ke rumah salah seorang sahabat KGIM iaitu Pak Harun untuk menambah dan membiasakan mereka dengan pelbagai lagu-lagu lama. ramai juga yang dapat hadir pada malam tersebut. lagipun setelah mendapat persetujuan daripada Pak Harun barulah dapat saya membawa mereka ke sana. apa pun terima kasih kepada ahli-ahli KGIM yang sudi turun untuk terus memastikan warisan gendang silat aliran utara hidup daripada sepi tiada alunan. ada sedikit foto yang sempat saya abadikan di sini.

Thursday, October 28, 2010

LATIHAN BERGENDANG




jamming seperti biasa tetapi kali ini ada seorang ahli KGSSM baru boleh angin serunai dan nak tengok juga sejauh mana kesungguhan yang dia lakukan. Alhamdulillah.. pewaris gendang memang ramai tapi pewaris serunai susah nak cari. sekarang KGSSM sudah ada peniup serunai baru. bagus, teruskan usaha untuk belajar. kali ini terpaksa jamming diiadakan sebelah petang kerana malamnya saya ada kerja yang tidak dapat dielakkan.



p/s:teruskan, dah cantik tu

Sunday, July 11, 2010

KENDURI KAHWIN

5 November. Kgim dijemput oleh seorang sahabat untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak beliau. dilangsungkan di rumah sendiri. area Keladi Kulim. saya tidak berjaya mengingati nama taman tersebut. semasa majlis berlangsung,,, hujan turun dengan agak lebat,,, molek ketika itu rombongan pengantin tiba,,, jadi tidak dapat ditunaikan hajat tuan rumah untuk berarak. kami pun terpaksa mengelak dan berhenti seketika bagi memberi laluan kepada hujan yang mencurah. kali ini Amran tidak dapat hadir kerana kerja. terpaksalah import seorang pemain anak dari pasukan anak didik aku. walau bagaimanapun majlis berjalan seperti biasa selepas hujan reda. susah untuk mencari orang yang semacam tuan rumah untuk menjemput pasukan gendang. selalunya orang yang kuat pegangan agama(taasub) mengatakan muzik iarama gendang silat ini macam-macam.begitulah adat orang bergendang ni. walau bagaimanapun terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi layanan yang terbaik dan sudi menjemput kami bagi membantu memeriahkan majlis.




Sunday, June 20, 2010

TELOI TIMUR

kali ini KGIM bersama KGSSM berkunjung ke Felda Teloi Timur bagi memenuhi undangan seorang sahabat dari situ untuk jamming bersama kumpulannya, Abg Lan Teloi. setibanya kami di situ jam 9, kami terus dibawa ke bangsal tempat jamming akan dilangsungkan. lebih kurang pukul 12 sesi jamming masih diteruskan, tiba2, 2 jag air 'tebu' pahit sampai dalam keadaan berwap lagi,, setelah pekena secawan barulah gagah kata Bg Lan. sesi jamming berakhir jam 1 pagi dan kami bertolak pulang. hanya video yang sempat dirakam. terima kasih kepada Abg Lan Teloi kerana sudi menjemput kami ke sana.

Thursday, May 6, 2010

test gendang baru






apa lagi., bila dah ada gendang baru,, sesi jamming le pulak, gendang baluh hitam... bunyi macam gendang keling ooo... kali ni sesi jamming disertai oleh Che Mat Morgen yang terkenal dengan tiupan serunainya yang asyik, setelah ahli kumpulan tiba,,, sesi jamming pun dimulakan dengan tomoi dan layang mas, selang dengan lagu-lagu berjalan dan silat dan ditutup dengan anak didik,,, tamatlah sesi jamming pada jam 1.00 pagi,, tempat kami jamming malam ni adalah Dataran Dewan Putra Kulim. hanya kelibat anjing yang berkeliaran setibanya kami awal tadi. hehe

Tuesday, May 4, 2010

LAGENDA VILLAGE MALL SUNGAI PETANI





mulanya kami hanya berniat untuk membeli satu set gendang bila tahu yang Pak Teh ada di Pesta Kraf Sg Petani, tetapi kami di ajak untuk jamming dalam Village Mall tersebut bersama dengan beliau. bagai orang mengantuk disorong bantal, kami pun hentam je la, janji boleh lepas angin, betulan pula aku baru balik dari Terengganu, hahaha... dah lama tak jamming, aku tidak melepaskan peluang tersebut... ada sedikit foto yang sempat diabadikan.


Friday, April 30, 2010

LATIHAN BERGENDANG




sesi jamming bersama-sama kumpulan anak didik saya. kehadiran semua ahli KGSSM memuaskan. sudah ada pelapis baru bagi generasi gendang dalam daerah Junjong Kulim. puas juga mengajar mereka. tapi bila sudah mampu untuk memukul gendang dengan irama kebangsaan. saya cukup puas hati dan menggembirakan. hanya perlu diperbetulkan sikit sahaja lagi tentang keharmonian irama gendang dan serunai. apapun terbaiklah!



p/s:serunai masih banyak perlu dibaiki

Thursday, April 15, 2010

kunjungan persahabatan 3




salah seorang sahabat Kumpulan Gendang Gempaq Gentara, Pok Su Lah, beliau merupakan seorang tukang gunting(bukan kepala), semasa kami berkunjung di kedai beliau, dia tengah relax je..... jadi kami mengambil kesempatan tersebut untuk berbual lebih panjang... rupa-rupanya beliau seorang pembuat gendang yang agak mahsyur di kawasan beliau... dari Pak Tuyu hingga ke Batu Rakit, bila kaki kami melangkah masuk ke kedai beliau, apa yang kami lihat, gendang ibu anak, sebuah gendang anak masih dalam pembikinan, gendang ibu dikir dan anaknya yang belum sempurna, gong dua biji, harmonika, tamborin, marakas, makna kata cukup lengkap peralatan dalam kedai beliau kalau untuk membuat latihan, beliau seorang yang ramah, tidak loket ilmu tentang gendang yang kami terima dari beliau, beliau berkebolehan dalam meniup harmonika, tapi beliau minat untuk meniup lagu2 lama sahaja... bila dia pegang harmonika je... aku mula le terasa untuk menibai gendang, hahaha, tapi masuk aku main ngan harmonika tu, walau kali pertama main. tapi agak susah sikit nak bagi betul tonasi bunyinya, beliau juga mempunyai sebatang serunai tapi beliau tak boleh nak tukar nafas itu saja problemnye... kalau boleh, aku rasa lagi top nama Pok Su... ada sikit gambar yang sempat diabadikan bersama Pok Su Lah..

Thursday, March 25, 2010

persembahan pertama



sebenarnya semua kunjungan2 aku dan Shah adalah kerana persembahan kami pada 21 Mac baru2 ini. berikutan dengan kehadiran Presiden GPMS Kebangsaan ke UDM, maka aku mengambil inisiatif untuk menambah baik lagi kemahiran peniup serunai KGGG, persembahan tersebut hanya sebagai sambutan dan sedikit perarakan, berlangsung pada sebelah malam tarikh jadi. pada petangnya kami mengadakan sedikit latihan untuk memperingati kerana aku dengan Shah je yang lama sikit dalam bab2 ni lagipun di Kedah kami dah berkecimpung dalam seni gendang ni lama le jugak tetapi ahli2 yang lain masih baru dan ini adalah kali pertama mereka membuat persembahan, jadi dah memang adat orang baru mesti ada silapnya dalam apa jua perkara buat kita... tidak dapat dinafikan perkara tersebut tapi aku tak kisah kerana walaupun baru tetapi komitmen yang diberikan cukup baik dan boleh dibanggakan bagi ahli2 baru. walau bagaimanapun aku berterima kasih kepada semua ahli terutama serunai yang giat untuk membuat latihan walaupun jarak tempat Tok Ki tu dalam lebih kurang 10km lebih dari UDM dan memang setiap kali ke sana pukul 1 pagi baru kami tiba di perkarangan UDM. terima kasih

Saturday, March 20, 2010

kunjungan persahabatan




Kpg Kolam,Menggabang Telipot. katanya disitu ada seorang peniup serunai berbangsa Cina. bila aku dengar akupun rasa pelik la sikit sebab susah untuk orang Cina mempelajari adat bangsa lain. setibanya aku di tempatnya, sah, memang Cina, menambah keterujaan aku, dia punya bahasa ialah loghat Terengganu pekat,,, selepas berbual berapa ketika,dia yang dapanggil Ah Seng mengajak untuk pergike sebuah gelanggang malam ni untuk turun tangan bersama-sama. lantas peluang tidak dilepaskan, kata persetujuan diberikan. selepas itu aku terus pergi ke kedai Hardware untuk mencari spray hitam... hehe, nak baiki gong KGG-T yang dah macam nak reput dah.

tepat jam 9 malam aku tiba di perkarangan rumah Ah Seng, dia sudah tunggu bersamanya Pak Su Lah. Kami bergerak terus ke tempat yang dijanjikan. apabila sampaiaku melihat satu suasana sudah jarang dilihat kini iaitu dalam sebuah gelanggang silat, pesilat sedang menjalani latihan dan gendang mengiringi sepanjang latihan berjalan. setelah di perkenalkan dengan Tok Guru situ iaitu Tok Ki Ali dan para penepuk gendang. aku pun terus masuk naik atas dangau yang didirikan khas untuk grup gendang bagi melepaskan kebas badan naik moto@mutu(motosikal). satu pengalaman baru bagi aku, kerana selama ini aku belum pernah duduk bersama dengan gendang aliran lain selain aliran Utara. aku pun tidak lepas peluang untuk mencuba setelah mendapat sedikit tunjuk ajar dari orang2 lama di situ.

kunjungan persahabatan




ini kunjungan ke dua aku selepas kunjungan pertama le... kali ni aku bawak Shah bersama... lagi nak bagi SHah belajar cara tukar nafas ketika tiup serunai tidaklah nanti bila Shah tiup serunai seperti orang penat berlari 4x400m tanpa henti, hahaha... aku crita kat tok ki nak ambil gambar, apa lagi dia pun terus beri posing baik punya kat aku sambil membalut daun rokok, tok ki seorang yang mempunyai perwatakan yang umor kata orang atau saintifiknya agak pelawak rasanya memang lawak kot... rupanya Tok Ki bukan tinggal di situ, rumah dia tempat lain, di situ rumah bang Mizi tuan punya gendang and gelanggang dan diminta Tok Ki untuk mengajar di situ, banyak juga gambar yang sempat di abadikan dan terima kasih kepada Shah kerana membawa kamera untuk gambar.tq, tengah kami dok tibai lagu, seusai satu lagu aku ngan bang Mizi, aku minta Shah main dengan aku cara pukulan Utara kerna Tok Ki tiup lagu2 lama tak silap Tok Ki tiup lagu Anak Didikku Sayang... kami pun tibai le... yang aku nak tergelaknya tengah kami dok pukul gendang tu... bang Mizi tengaok semacam ja..... dok perati pasai depa tak pernah main pukulan jenis tu... lau main lagi depa main dengan gendang dikir atau sebelah utara dipanggil rebana@rebat... sini ada sikit gambar untuk kalian...

Saturday, February 13, 2010

Sejarah KGG-T

Kumpulan Gempaq Gen-Tara

Mula ditubuhkan pada tahun 2009. mula dengan dua orang ja. aku dengan kawan aku. Shah. nak main gendang punya pasai,pergilah kami berjumpa dengan Pengarah Pusat Seni Dan Warisan UniSZA. setelah mendapat persetujuan, urusan membeli set pergendangan aku yang uruskan. itulah kali pertama aku berkenalan dengan tuan membuat gendang aliran Utara, Hamid bin Abdullah@Pak Teh Mid yang seterusnya menjadi guru aku.

Thursday, January 28, 2010

Sejarah PSSSMK 2

Asal silat ni dari daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman, yang mempolopori Seni Silat ini bernama Tok "E" @ tokjohari.... nama asal Silat Kedah yang telah ditukar kepada Selendang Merah sebab masa Tok "E" bertempur dengan tentera Jepun tangan dia berdarah dan pegang kain putih yang di ikat kat kepala kena darah semua jadi warna merah..... itu pun dapat gelaran Campion Malaya. masa tu lawan dengan big bos yang paling otai mai turun minta nak lawan dengan dia... Tok "E" sedikit pun x gentar sebab dalam hati ada Allah dan atas sebab nak merdekakan tanah air kita.... tapi saya kurang pasti pingat dan sijil tersebut ada mana sekarang ni tapi yang pasti sijil tu tersimpan kat jam besar Sungai Petani masa tu sebab ia merupakan salah satu baranagan tinggalan sejarah. silat ni telah di daftarkan pada 1985 masa tu baru lahir huhuhuhu..... itu pun Wan Yahya bin Wan Chik @ dikenali Pak Su Ya sekitar Sungai Petani sekarang ni... masa nak kembangkan silat ni Pak Su Ya tanya Tok E dulu.... dia kata ok.. tapi jangan jual nama dia dan Tok "E" x mau libatkan diri..... huhuhuhu....





silat ni masih mengekalkan permainan asli yang mana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia iaitu juara dunia kita Mohamad Bin Zainal (Abang Mat Perlis)& Maruan (Paklong Maruan) saya sempat tempur kosong dan senjata serta teknik betempur( Teruk gak la kena belasah ketika latihan nak sampai tahap ni bak kata pepatah lari x jejak tanah) belajar dengan diorang bila buat pesembahan tu ada la makcik2 yang menjerit lari , nak telan pulut x masuk, budak2 nangis bertempiaran lari sebab takut tengok... dengan permainan yang asli serta x dipertokok tambahkan walhal ada yang 'ciplak' pulak buah permaian silat ni... contoh buah tanduk, tangkapan, senjata tukar tangan macam jurus tunggal... lepas itu tenaga pengajar pula memiliki kepakaran masing2 sebab bila turun ja gelangang lain, lain pulak ilmu yang dapat, kaedah mengajar lain2 dan berkesan.. kaedah serangan kuncian mudah x pening2 nak belit sana belit sini iaitu buah makan balik(buah sepuluh)... silat ni mandi minyak x da tapi mandi wajib ada la huhuhu.... upacara x ada juga.. tapi kenduri doa selamat ada la..... emm apa pun kita yang belajar serta punya akal dan fikiran boleh bezakan yang mana ilmu boleh dimanafatkan sebab zaman sekarang banyak yang mementingkan warna tali pinggang dan pangkat walhal x seberapa...Bak kata pujangga orang yang hebat ilmunya bukan pada ketangkasan@kekayaan teknik tetapi akalnya yang menilai mana bagus dan baik unuk menelesaikan sesuatu masalah dengan tenang...
SILAT(S-sabar, I-iklas, L-lurus@benar, A-amanah, T-tawakal)...
dunia ini hebat cabarannya samaada kita diatas @ dibawah bergantung pada diri kita yang bijak menilai....huhuhuhuhu.......belajar lah mengenali sejarah asal dan keturunan, disitu punca serta kunci panduan sebab kisah2 pada orang lama2 banyak gunanya.....

MEMARTABATKAN WARISAN SEJAGAT, WARISAN BANGSA, HIDUP SELENDANG MERAH

(Gelanggang Utama)
nak belajar tepon orang kuat kita di
Perlis - Abang Mat (0125586055),
Sg. Petani(pusat) - "Pak Su Ya YDP pertubuhan" (0194628124),
Tikam Batu - Abg Lie (0195488400),
Baling - (Abg Din),
P.Pinang dan Kulim - Pak Long Che Un (0124436368),
Terengganu(sementara) - Pak Long@Mad Anip (0179541624)
KL - (Pak Long Maruan),



p/s : kredit kepada sdr Muzammil@Zam Yamaguchi

Sunday, January 10, 2010

Sejarah PSSSMK

Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah Kedah


Silat ini mula wujud dalam bumi Tanah Melayu sekitar tahun 1920. Guru@Mahaguru pengasas seni langkahan ini bernama Husin@Tok Chen. Kemudian datang 9 orang untuk berguru dengan beliau. maka diturunkan segala ilmu langkahan seperti mana yang dihajati kepada mereka. selang beberapa tahun Tok Chen kembalai mnghadap Ilahi dan seni langkahan ini dibawa oleh anak-anak murid yang sembilan tadi. PSSSMK yang ada hari ini membawa susur galur dari anak murid Tok Chen yang ke-9 yakni yang bongsu bernama Shaari@Tok E Pendekar.

Beliau mengolah semula langkahan seni silat ini dan dibawa hingga ke hari ini. Tetapi pada waktu itu seni silat ini hanya dikenali dengan nama Silat Kedah sahaja(sebelum merdeka). Kemudian ketika Tanah Melayu sedang berunding untuk kemerdekaan, silat ini masih tidak dikenali umum khususnya luar dari negeri Kedah. Lantas Wan Yahya Wan Chik@Pak Wan@Pak Su mengambil inisiatif untuk belajar dan seterusnya mengembangkan seni silat ini ke persada tanah air.

Pak Wan mula belajar dari tangan abang beliau sendiri iaitu Wan Ali dalam masa yang sama turun sendiri ke rumah Tok E dengan mengayuh basikal berbatu jauhnya demi seni langkahan ini. apabila sudah diberi lampu hijau oleh Tok E, beliau, Pak Wan meneruskan usaha-usaha murni untukl melihat seni silat ini dikenali dan dipelajari mesyarakat umum. Langkah pertama beliau ialah mendaftarkan seni silat ini untuk bergerak secara sah dalam kerajaan Malaysia ketika itu pada tahun 1983. Atas usaha murni dan diizin Allah, maka seni silat ini kini mampu untuk bergerak seiring dengan falsafah pendidikan di Malaysia.

Gelanggang Utama setelah pendaftaran seni silat ini dibuat dijalankan dihadapan umah Pak Wan sendiri beralamat 822B Kampung Bukit Belah, Sungai Petani, Kedah dan masih kekal hingga ke hari ini dan masih menerima kunjungan dari anak-anak murid lama dan baru. sehingga saat ini seni silat ini telah menjengah beberapa buah negeri dalam Malaysia antaranya Kedah(pusat), Perlis, P.Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PSSSMK atau Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah diambil nama bersempena cerita sejarah arwah Tok E bertempur dengan tiga orang askar Jepun dulu. dalam cerita tersebut tangan Tok E telah di libas dengan benet@senjata tajam tentera jepun dan mengalir darah yang banyak, kemudia Tok E mengambil selendang(fesyen orang dulu2 membawa sehelai kain yang diletak atas bahu)yang dipakainya untuk membalut tangannya yang berdarah itu dan seledang itu basah dengan darah Tok E. lalu hasil mesyuarat pertama bersetuju untuk mengam nama Selendang Merah bersempena cerita sejarah itu tadi dan kekallah sehingga ke hari ini. Wallahu'alam