Kpg Kolam,Menggabang Telipot. katanya disitu ada seorang peniup serunai berbangsa Cina. bila aku dengar akupun rasa pelik la sikit sebab susah untuk orang Cina mempelajari adat bangsa lain. setibanya aku di tempatnya, sah, memang Cina, menambah keterujaan aku, dia punya bahasa ialah loghat Terengganu pekat,,, selepas berbual berapa ketika,dia yang dapanggil Ah Seng mengajak untuk pergike sebuah gelanggang malam ni untuk turun tangan bersama-sama. lantas peluang tidak dilepaskan, kata persetujuan diberikan. selepas itu aku terus pergi ke kedai Hardware untuk mencari spray hitam... hehe, nak baiki gong KGG-T yang dah macam nak reput dah.
tepat jam 9 malam aku tiba di perkarangan rumah Ah Seng, dia sudah tunggu bersamanya Pak Su Lah. Kami bergerak terus ke tempat yang dijanjikan. apabila sampaiaku melihat satu suasana sudah jarang dilihat kini iaitu dalam sebuah gelanggang silat, pesilat sedang menjalani latihan dan gendang mengiringi sepanjang latihan berjalan. setelah di perkenalkan dengan Tok Guru situ iaitu Tok Ki Ali dan para penepuk gendang. aku pun terus masuk naik atas dangau yang didirikan khas untuk grup gendang bagi melepaskan kebas badan naik moto@mutu(motosikal). satu pengalaman baru bagi aku, kerana selama ini aku belum pernah duduk bersama dengan gendang aliran lain selain aliran Utara. aku pun tidak lepas peluang untuk mencuba setelah mendapat sedikit tunjuk ajar dari orang2 lama di situ.
No comments:
Post a Comment