Sunday, July 11, 2010

KENDURI KAHWIN

5 November. Kgim dijemput oleh seorang sahabat untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak beliau. dilangsungkan di rumah sendiri. area Keladi Kulim. saya tidak berjaya mengingati nama taman tersebut. semasa majlis berlangsung,,, hujan turun dengan agak lebat,,, molek ketika itu rombongan pengantin tiba,,, jadi tidak dapat ditunaikan hajat tuan rumah untuk berarak. kami pun terpaksa mengelak dan berhenti seketika bagi memberi laluan kepada hujan yang mencurah. kali ini Amran tidak dapat hadir kerana kerja. terpaksalah import seorang pemain anak dari pasukan anak didik aku. walau bagaimanapun majlis berjalan seperti biasa selepas hujan reda. susah untuk mencari orang yang semacam tuan rumah untuk menjemput pasukan gendang. selalunya orang yang kuat pegangan agama(taasub) mengatakan muzik iarama gendang silat ini macam-macam.begitulah adat orang bergendang ni. walau bagaimanapun terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi layanan yang terbaik dan sudi menjemput kami bagi membantu memeriahkan majlis.