Wednesday, October 26, 2011

KPG TUALANG ii

kunjungan kali ini lebih kurang sama seperti sebelum ni. cuma rasanya malam ni lebih ramai. kumpulan dari Jabi tidak dapat hadir. kami dari Keladi sebiji kereta. bertolak seperti biasa dari Keladi selepas solat Maghrib. kemudian singgah untuk bersantap kat pekan Pendang. saya, Cikgu, Acu, Amran lena habis, tinggal Tok Harun ja bawa keta, kami sedar waktu kami keluar dari tol Pendang ja. saya dengan Amran dok kira jam dari kami bertolak pukul 8.00 malam, kami keluar tol Pendang pukul 9.30 malam lebih kurang, terkejut kami, kami tanya Tok Harun laju mana dia bawa... dengan selamber dia jawab ala....1 6 ja... yap! kami dok kata kujur dok todoq.. hahaha setibanya kami kat tempat biasa... sudah ramai yang menunggu. setelah tuan rumah buka panggung barulah kami pecahkan panggung pula... hhaa, kali ini disertai sekali dengan Abg Ani dengan anak buah beliau yang baru balik dari Sabah setelah mendapat naib johan dalam pertandingan gendang silat iringan. fuh!! memang best tengok depa pukui. hahahaha kita main kot kampung ja... hahaha kali ini menu hidangan seperti biasa hahahaa bihun goreng+air kopi+air teh o, tapi kami dah makan tadi kat Pendang, minum air jela+rokok daun. hahaha. apa pun terima kasih kepada semua yang hadirkan diri anda. kat sini memang syok, ramai lagi yang berminat dengar irama tua ni, macam biasa, jamming di sini kul 2 baru tutup, hahaha kali ni saya dengan Amran tolong tutup, terima kasih kepada Abg Yon(adik kepada Amran) dan Abg Awang(anak mnakan Amran) yang mamastikan irama tua ini terus bersenandung.

p/s: gmbaq tak dak, video ja, t saya upload.

Saturday, October 22, 2011

SESI LATIHAN





seperti biasa sesi latihan berjalan bertempat di Dewan Komuniti Taman Saga Kpg Keladi Kulim. semua ahli hadir sesi kali ini, saya, cikgu, pak Harun, Acu juga Amran. latihan di dewan diadakan pada setiap Sabtu malam Ahad bermula dari pukul 9 hingga 11.45 malam lebih kurang. tak boleh la lebih2, dikejar dek orang lari tak cukup tanah sat g. hahaha apapun terima kasih kepada semua yang hadir termasuk masyarakat sekeliling.