Thursday, March 25, 2010

persembahan pertama



sebenarnya semua kunjungan2 aku dan Shah adalah kerana persembahan kami pada 21 Mac baru2 ini. berikutan dengan kehadiran Presiden GPMS Kebangsaan ke UDM, maka aku mengambil inisiatif untuk menambah baik lagi kemahiran peniup serunai KGGG, persembahan tersebut hanya sebagai sambutan dan sedikit perarakan, berlangsung pada sebelah malam tarikh jadi. pada petangnya kami mengadakan sedikit latihan untuk memperingati kerana aku dengan Shah je yang lama sikit dalam bab2 ni lagipun di Kedah kami dah berkecimpung dalam seni gendang ni lama le jugak tetapi ahli2 yang lain masih baru dan ini adalah kali pertama mereka membuat persembahan, jadi dah memang adat orang baru mesti ada silapnya dalam apa jua perkara buat kita... tidak dapat dinafikan perkara tersebut tapi aku tak kisah kerana walaupun baru tetapi komitmen yang diberikan cukup baik dan boleh dibanggakan bagi ahli2 baru. walau bagaimanapun aku berterima kasih kepada semua ahli terutama serunai yang giat untuk membuat latihan walaupun jarak tempat Tok Ki tu dalam lebih kurang 10km lebih dari UDM dan memang setiap kali ke sana pukul 1 pagi baru kami tiba di perkarangan UDM. terima kasih

Saturday, March 20, 2010

kunjungan persahabatan




Kpg Kolam,Menggabang Telipot. katanya disitu ada seorang peniup serunai berbangsa Cina. bila aku dengar akupun rasa pelik la sikit sebab susah untuk orang Cina mempelajari adat bangsa lain. setibanya aku di tempatnya, sah, memang Cina, menambah keterujaan aku, dia punya bahasa ialah loghat Terengganu pekat,,, selepas berbual berapa ketika,dia yang dapanggil Ah Seng mengajak untuk pergike sebuah gelanggang malam ni untuk turun tangan bersama-sama. lantas peluang tidak dilepaskan, kata persetujuan diberikan. selepas itu aku terus pergi ke kedai Hardware untuk mencari spray hitam... hehe, nak baiki gong KGG-T yang dah macam nak reput dah.

tepat jam 9 malam aku tiba di perkarangan rumah Ah Seng, dia sudah tunggu bersamanya Pak Su Lah. Kami bergerak terus ke tempat yang dijanjikan. apabila sampaiaku melihat satu suasana sudah jarang dilihat kini iaitu dalam sebuah gelanggang silat, pesilat sedang menjalani latihan dan gendang mengiringi sepanjang latihan berjalan. setelah di perkenalkan dengan Tok Guru situ iaitu Tok Ki Ali dan para penepuk gendang. aku pun terus masuk naik atas dangau yang didirikan khas untuk grup gendang bagi melepaskan kebas badan naik moto@mutu(motosikal). satu pengalaman baru bagi aku, kerana selama ini aku belum pernah duduk bersama dengan gendang aliran lain selain aliran Utara. aku pun tidak lepas peluang untuk mencuba setelah mendapat sedikit tunjuk ajar dari orang2 lama di situ.

kunjungan persahabatan




ini kunjungan ke dua aku selepas kunjungan pertama le... kali ni aku bawak Shah bersama... lagi nak bagi SHah belajar cara tukar nafas ketika tiup serunai tidaklah nanti bila Shah tiup serunai seperti orang penat berlari 4x400m tanpa henti, hahaha... aku crita kat tok ki nak ambil gambar, apa lagi dia pun terus beri posing baik punya kat aku sambil membalut daun rokok, tok ki seorang yang mempunyai perwatakan yang umor kata orang atau saintifiknya agak pelawak rasanya memang lawak kot... rupanya Tok Ki bukan tinggal di situ, rumah dia tempat lain, di situ rumah bang Mizi tuan punya gendang and gelanggang dan diminta Tok Ki untuk mengajar di situ, banyak juga gambar yang sempat di abadikan dan terima kasih kepada Shah kerana membawa kamera untuk gambar.tq, tengah kami dok tibai lagu, seusai satu lagu aku ngan bang Mizi, aku minta Shah main dengan aku cara pukulan Utara kerna Tok Ki tiup lagu2 lama tak silap Tok Ki tiup lagu Anak Didikku Sayang... kami pun tibai le... yang aku nak tergelaknya tengah kami dok pukul gendang tu... bang Mizi tengaok semacam ja..... dok perati pasai depa tak pernah main pukulan jenis tu... lau main lagi depa main dengan gendang dikir atau sebelah utara dipanggil rebana@rebat... sini ada sikit gambar untuk kalian...