Thursday, March 25, 2010

persembahan pertama



sebenarnya semua kunjungan2 aku dan Shah adalah kerana persembahan kami pada 21 Mac baru2 ini. berikutan dengan kehadiran Presiden GPMS Kebangsaan ke UDM, maka aku mengambil inisiatif untuk menambah baik lagi kemahiran peniup serunai KGGG, persembahan tersebut hanya sebagai sambutan dan sedikit perarakan, berlangsung pada sebelah malam tarikh jadi. pada petangnya kami mengadakan sedikit latihan untuk memperingati kerana aku dengan Shah je yang lama sikit dalam bab2 ni lagipun di Kedah kami dah berkecimpung dalam seni gendang ni lama le jugak tetapi ahli2 yang lain masih baru dan ini adalah kali pertama mereka membuat persembahan, jadi dah memang adat orang baru mesti ada silapnya dalam apa jua perkara buat kita... tidak dapat dinafikan perkara tersebut tapi aku tak kisah kerana walaupun baru tetapi komitmen yang diberikan cukup baik dan boleh dibanggakan bagi ahli2 baru. walau bagaimanapun aku berterima kasih kepada semua ahli terutama serunai yang giat untuk membuat latihan walaupun jarak tempat Tok Ki tu dalam lebih kurang 10km lebih dari UDM dan memang setiap kali ke sana pukul 1 pagi baru kami tiba di perkarangan UDM. terima kasih

No comments:

Post a Comment