
bila dah hilang punca kenapa serunai tidak berapa menjadi membawa saya untuk mengadap Cikgu Jamil sendiri di rumah beliau. saya bawa seorang peniup serunai dari KGSSM untuk sama-sama mencari nasi tambah. apalagi, alunan serunai bergema dan membingitkan apabila cikgu mencuba untuk mencari tang mana silap dia srunai tu(kata orang Kedah) hahaha setelah sejam kami pun ingin berangkat pulang tetapi hujan turun mencurah-curah dari langit membatalkan hasrat kami. satu peluang yang baik. saya pun pegang segang serunai terus menadah mata untuk menerima lagu dari Cikgu. hahaha susah sebenarnya nak belajar lagu dari Cikgu Jamil ni. walau apa pun saya terima dan hasil yang saya dan sahabat seorang lagi dapat memang memuaskan. serunai pun dah ok, pakage dengan lagu pula tu. terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cikgu Jamil kerana sudi meluangkan masa untuk kami. teka teki: cuba saudara sekalian kira ada berapa mali serunai dalam gambar di atas, hehehe



No comments:
Post a Comment