4hb kelmarin. PSSSMK telah membuka cawangan baru apalagi Pak Su@Pak Wan helo saya untuk mintak tolong mengiringi upacara perasmian gelanggang PSSSMK yang baru dengan gendang silat. ha. serabut la juga nak bawa kumpulan mana. saya helo kumpulan saya KGIM, kerja, apalagi saya sambar KGSSSM la, kumpulan jabatan didik ikan saya, hahaha, nasib baik depa ada. kebetulan dekat dengan Hari Raya Korban, jadi Abg Che Un tidak dapat bawa budak2 Kulim yang lain, jadi saya terpaksa bawa budak2 untuk bergendang saja, tiba2 tringat saya nak helo Pak Ndak, dia kata tak kerja, jadi minta tolong dia la bawa sebiji kereta lagi untuk budak2 yang bersilat. hahaha kalut sikit la malam tu, saya habis kerja terus henjut ke Sungai Petani, sebab gelanggang baru buka area Amanjaya, Tmn Anggerik.sesat juga kami cari, mujur Ajam keluaq mai amik kami kat tepi jalan, tidak lambat sebab bila kami sampai ja, YB pun sampai, jadi terus amik tempat duduk je la, ramai ahli lama dan baru hadir kali ini, saya pun dah lama tak jumpa sahabat2 lama ni,, alhamdulillah majlis berjalan lancar sekali dengan anugerah selempang kehormat kepada YB dan jurulatih2 yang bertauliah, cuma kelibat Abg Din tidak kelihatan, dah hampir 2 tahun saya tak jumpa Guru Kanan tersebut, juga salah sorang yang mengajar saya. majlis tamat lebih kurang jam 11.15 malam, kemudian sesi menjamu selera. setelah berbual dengan sahabat lama, saya minta diri kerana keesokannya kerja lagi.









No comments:
Post a Comment