Saturday, June 25, 2011

KENDURI KAHWIN

kali ini KGIM dijemput oleh seorang anggota Polis untuk memeriahkan majlis kenuri kahwin anak beliau yang bertempat di Kem PGA Kulim. kali ini semua ahli KGIM boleh turut serta atas kelapangan yang diberi Allah. seperti biasa perarakan pengantin menjadikan kedua mempelai seakan raja pada hari bahagia mereka. yang tak besnya...waktu pasukan gendang berhenti untuk memberi laluan mereka untuk ke pelamin, mereka pun berhenti sekali, alamatnya berbuih la mulut cikgu Jamil, sudah la hari panas terik ketika itu. hahaha... kali ini DJ yang bersama memang best, tidak perlu kami berebut untuk menibai gendang. Terima kasih kepada Che Ani. waktu KGIM berhenti rehat untuk santapan, KGSSM sudi menghulurkan tangan untuk membantu memeriahkan majlis. terima kasih. ada sedikit foto di bawah. terima kasih kepada En. Mustapha sekeluarga kerana sudi menjemput kami.





No comments:

Post a Comment