
Silat ini mula wujud dalam bumi Tanah Melayu sekitar tahun 1920. Guru@Mahaguru pengasas seni langkahan ini bernama Husin@Tok Chen. Kemudian datang 9 orang untuk berguru dengan beliau. maka diturunkan segala ilmu langkahan seperti mana yang dihajati kepada mereka. selang beberapa tahun Tok Chen kembalai mnghadap Ilahi dan seni langkahan ini dibawa oleh anak-anak murid yang sembilan tadi. PSSSMK yang ada hari ini membawa susur galur dari anak murid Tok Chen yang ke-9 yakni yang bongsu bernama Shaari@Tok E Pendekar.

Beliau mengolah semula langkahan seni silat ini dan dibawa hingga ke hari ini. Tetapi pada waktu itu seni silat ini hanya dikenali dengan nama Silat Kedah sahaja(sebelum merdeka). Kemudian ketika Tanah Melayu sedang berunding untuk kemerdekaan, silat ini masih tidak dikenali umum khususnya luar dari negeri Kedah. Lantas Wan Yahya Wan Chik@Pak Wan@Pak Su mengambil inisiatif untuk belajar dan seterusnya mengembangkan seni silat ini ke persada tanah air.

Pak Wan mula belajar dari tangan abang beliau sendiri iaitu Wan Ali dalam masa yang sama turun sendiri ke rumah Tok E dengan mengayuh basikal berbatu jauhnya demi seni langkahan ini. apabila sudah diberi lampu hijau oleh Tok E, beliau, Pak Wan meneruskan usaha-usaha murni untukl melihat seni silat ini dikenali dan dipelajari mesyarakat umum. Langkah pertama beliau ialah mendaftarkan seni silat ini untuk bergerak secara sah dalam kerajaan Malaysia ketika itu pada tahun 1983. Atas usaha murni dan diizin Allah, maka seni silat ini kini mampu untuk bergerak seiring dengan falsafah pendidikan di Malaysia.

Gelanggang Utama setelah pendaftaran seni silat ini dibuat dijalankan dihadapan umah Pak Wan sendiri beralamat 822B Kampung Bukit Belah, Sungai Petani, Kedah dan masih kekal hingga ke hari ini dan masih menerima kunjungan dari anak-anak murid lama dan baru. sehingga saat ini seni silat ini telah menjengah beberapa buah negeri dalam Malaysia antaranya Kedah(pusat), Perlis, P.Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PSSSMK atau Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah diambil nama bersempena cerita sejarah arwah Tok E bertempur dengan tiga orang askar Jepun dulu. dalam cerita tersebut tangan Tok E telah di libas dengan benet@senjata tajam tentera jepun dan mengalir darah yang banyak, kemudia Tok E mengambil selendang(fesyen orang dulu2 membawa sehelai kain yang diletak atas bahu)yang dipakainya untuk membalut tangannya yang berdarah itu dan seledang itu basah dengan darah Tok E. lalu hasil mesyuarat pertama bersetuju untuk mengam nama Selendang Merah bersempena cerita sejarah itu tadi dan kekallah sehingga ke hari ini. Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment