kali ini KGIM bersama KGSSM berkunjung ke Felda Teloi Timur bagi memenuhi undangan seorang sahabat dari situ untuk jamming bersama kumpulannya, Abg Lan Teloi. setibanya kami di situ jam 9, kami terus dibawa ke bangsal tempat jamming akan dilangsungkan. lebih kurang pukul 12 sesi jamming masih diteruskan, tiba2, 2 jag air 'tebu' pahit sampai dalam keadaan berwap lagi,, setelah pekena secawan barulah gagah kata Bg Lan. sesi jamming berakhir jam 1 pagi dan kami bertolak pulang. hanya video yang sempat dirakam. terima kasih kepada Abg Lan Teloi kerana sudi menjemput kami ke sana.
KUMPULAN WARISAN SENI BUDAYA_____ PERTUBUHAN SENI SILAT SELENDANG MERAH KEDAH
Sunday, June 20, 2010
Thursday, May 6, 2010
test gendang baru
apa lagi., bila dah ada gendang baru,, sesi jamming le pulak, gendang baluh hitam... bunyi macam gendang keling ooo... kali ni sesi jamming disertai oleh Che Mat Morgen yang terkenal dengan tiupan serunainya yang asyik, setelah ahli kumpulan tiba,,, sesi jamming pun dimulakan dengan tomoi dan layang mas, selang dengan lagu-lagu berjalan dan silat dan ditutup dengan anak didik,,, tamatlah sesi jamming pada jam 1.00 pagi,, tempat kami jamming malam ni adalah Dataran Dewan Putra Kulim. hanya kelibat anjing yang berkeliaran setibanya kami awal tadi. hehe
Tuesday, May 4, 2010
LAGENDA VILLAGE MALL SUNGAI PETANI
mulanya kami hanya berniat untuk membeli satu set gendang bila tahu yang Pak Teh ada di Pesta Kraf Sg Petani, tetapi kami di ajak untuk jamming dalam Village Mall tersebut bersama dengan beliau. bagai orang mengantuk disorong bantal, kami pun hentam je la, janji boleh lepas angin, betulan pula aku baru balik dari Terengganu, hahaha... dah lama tak jamming, aku tidak melepaskan peluang tersebut... ada sedikit foto yang sempat diabadikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)