Monday, December 13, 2010

KENDURI KAHWIN

11 Disember, KGIM diminta untuk memeriahkan majlis perkahwinan seorang rakan di Taman Kenari Fasa 3 kalau tidak silap. kali ini tidak ada perarakan pasukan gendang kerana pengantin diarak menggunakan motosikal berkuasa besar. majlis kali ini Cikgu Jamil tidak dapat bersama kerana beliau balik ke Pahang. terpaksa import seorang pemain dari pasukan anak didik aku KGSSM,. kehadiran dua tiga orang sahabat membantu memeriahkan lagi irama gendang di majlis tersebut. terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami.


Friday, October 29, 2010

LATIHAN BERGENDANG





kali ini saya membawa kumpulan anak didik saya bertandang ke rumah salah seorang sahabat KGIM iaitu Pak Harun untuk menambah dan membiasakan mereka dengan pelbagai lagu-lagu lama. ramai juga yang dapat hadir pada malam tersebut. lagipun setelah mendapat persetujuan daripada Pak Harun barulah dapat saya membawa mereka ke sana. apa pun terima kasih kepada ahli-ahli KGIM yang sudi turun untuk terus memastikan warisan gendang silat aliran utara hidup daripada sepi tiada alunan. ada sedikit foto yang sempat saya abadikan di sini.

Thursday, October 28, 2010

LATIHAN BERGENDANG




jamming seperti biasa tetapi kali ini ada seorang ahli KGSSM baru boleh angin serunai dan nak tengok juga sejauh mana kesungguhan yang dia lakukan. Alhamdulillah.. pewaris gendang memang ramai tapi pewaris serunai susah nak cari. sekarang KGSSM sudah ada peniup serunai baru. bagus, teruskan usaha untuk belajar. kali ini terpaksa jamming diiadakan sebelah petang kerana malamnya saya ada kerja yang tidak dapat dielakkan.



p/s:teruskan, dah cantik tu